Thursday, January 14, 2010

TEKA TEKI

1.Benda apa yang pergi terbang,
balik berenang?

2.Buah apa yang kena langkah,
dahulu baru boleh makan

3.Buah apa yang biji diluar?

4.Antara motor dengan kereta,
yang mana paling tua?

5.Mengapa batman pakai topeng?

6.binatang apa yang tak sopan?

7.Apa yang pemandu empat,
penumpang seorang?

8.Dalam banyak-banyak planet
planet apa yang paling bising?

9.Dalam banyak-banyak buah,
buah apa yang pakai mahkota?

10.Apa yang bila dia duduk rendah,
bila dia berdiri tinggi?

11.Ibunya satu anaknya beribu?

12.Kelapa apa yang tumbuh di Ethiopia?

13.Botak-botak gantung diri?

14.Kuih apa paling jahat?

15.Benda apa kalau kita makan habis,
tak makan pun habis?

16.Kuih apa yang tak tidur-tidur?

17.Benda apa yang bila kita berjalan dia jalan,
bila kita berhenti dia jalan?

18.Kalau seorang apek dari bumi pergi ke bumi,
apa yang terjadi dekat bumi?

19.Barang apa yang terbukti palsu,
tapi masih dibeli juga?

20.Dalam banyak banyak mangkuk,
mangkuk apa bila kita kita isi lambat nak penuh?




















1.Mancing
2.Dam
3.janggus
4.Motor kerana bertongkat
5.Sebab malu kerana dia tak boleh terbang macam superman
6.Kutu sebab memijak kepala kita
7.Orang bawa mayat
8.Palnet Hollywood
9.Nanas
10.Anjing
11.Penyapu
12.Kelaparan
13.Mentol lampu
14.Pau
15.Ais
16.Kuih bangkit
17.Masa
18.Bumi kehilangan seorang apek
19.Rambut palsu
20.Mangkuk tandas